Projek ECRL | Pahang mendahului, lima terowong sudah ditembusi

2022-05-20 0

Keseluruhan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di pahang berjalan lancar dengan lima daripada 36 terowong sudah ditembusi setakat Jumaat.

Menurut Pengurus Pembinaan Wilayah Pahang Malaysia Rail Link (MRL) Khairi Khalid Abdul Rahman, pembinaan ECRL di Pahang kini mendahului Terengganu, Kelantan dan Selangor.